Rabu, 4 Februari 2015

"Daripada Pembaca Menjadi Penulis" - Zamri Mohamad


Rabu, 4.2.2015
Shah Alam

DARIPADA PEMBACA MENJADI PENULIS. Agak catchy bukan? Ini bukan ciptaan aku sebenarnya. Kata-kata ini tercatat di hadapan kulit sebuah buku tulisan Zamri Mohamad yang berjudul Cari Duit Cara Mudah sebagai PENULIS BEBAS

Bila aku beli buku tersebut?

Sebenarnya buku tersebut aku beli pada hari Sabtu, 24 hb Januari yang lalu. Eh, siap boleh ingat ya tarikhnya. Pada tarikh tersebut aku dan isteri menghadiri satu program di sekolah Anis di Kuala Selangor. Program Akujanji calon-calon SPM 2015 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor termasuk anak perempuanku, Anis Fariha. Usai program tersebut, aku dan isteri membawa Anis outing. Seusai makan tengahari di sebuah cafe, kami bertiga ke Kedai Buku Sinar. Ada barangan persekolahan  dan buku yang hendak dibeli oleh Anis.

Biasalah, kedai buku memang tempat kegemaran untuk aku datangi. Aku berniat untuk membeli sebuah, dua buah buku. Akhirnya aku membeli dua buah buku. Dari salah sebuah buku tersebut aku pinjam ungkapan di atas. Aku selitkan ungkapan tersebut dalam tajuk blogku ini sebagai kata-kata semangat dan motivasi agar aku berjaya menjadi seorang penulis.

1 ulasan:

  1. Terima kasih kerana membaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Didoakan Allah memudahkan cara kerja, gerakan dan tindakan Tuan menjadi penulis yang prolifik hendaknya. Amin. Dari saya dan tim kursuspenulisan.com

    BalasPadam