Ape kabo korang sumer?
Aku harap korang sumer sihat2 belaka hendaknya. Kalau tak sihat macam mana nak
try makanan / minuman yang aku nak cerita sat lagi.
Korang pernah makan r
oti Arab? Suka makan roti Arab? Kalau suka kira ssssssamalah dengan aku he ... he ...he ... Aku ni bolehlah dianggap seorang penggemar roti Arab. Tapi aku tidaklah makan kerap sangat. Korang ni tahu tak roti Arab ni yang mana satu? Ker rupanya pun tak pernah tengok.
Aku mula kenal dengan roti Arab ni beberapa tahun yang lalu. Salah satu kenangan makan roti Arab ini ialah sewaktu aku berada di Kuantan. Dah lupa pulak tahun bila? tapi udah lame jugak ler. Sedap roti Arabnya. Sebenarnya, bukan roti Arab tu yang sedap sesangat tetapi cara ia di masak dan kuah pencicahnya.
Sabtu lepas, aku gi Seksyen 18 Shah Alam. Ada urusan sikit. Aku belum breakfast lagi. Hari pun dah semakin meninggi. Dah dekat nak masuk tengahari pun. Kira
branch lani. Setelah selesai urusan, aku pun singgah di sebuah kedai mamak. Alamak lupa pulak nama kedainya. Tapi lokasinya berhadapan Mydin Seksyen 18, Shah Alam.
Aku perasan dalam menunya ada roti Arab. So, aku pun
order lah. Macam2 versi ada ... aku order versi sardin. Aku ni memang penggemar sardin. Perh, siap ada dekorasi tu .. korang tengok ler gambar kat bawah ni. Tekak aku rasa memang sedap. dah habis satu aku telan, siap aku order satu lagi. Versi yang sama gak. Tapi aku tak makan kat situ. Ceh, habis ler rosak program diet aku nanti. Aku tapau. Harga pun tak mahal. Kalau nak berjimat, bolehlah jadikan ia sebagai satu menu ha ha ha ...
 |
| roti arab sardin |
Di sebelah malam pulak, aku, isteri dan anak bongsuku Fahim gi Tanjong Karang. Aik, ada program apa kat situ? Sebenarnya ada satu pertandingan
chess yang diadakan di Tanjong Karang. Biasa orang main chess sebelah siangkan? So, pertandingan chess ini merupakan di antara beberapa
tournament yang diadakan di sebelah malam. Kami sampai awal sebenarnya. Pertandingan bermula pukul 9 malam. Kami sampai sebelum maghrib.
Time Asar kami singgah di asrama Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor melawat Anis, anak perempuan tunggalku.
Seusai bersolat Maghrib di masjid, kami singgah di warung2 makan berhampiran tempat pertandingan iaitu di Dewan Dato' Hormat. Isteri aku order ABC, aku order lychee kang. Harga kira murah jer beb. Sebab mangkuknya pun tak besar sangat seperti di setengah2 restoran. Kalau tak silap aku, harga ABC hanya
"dua hinggit" ajer. Lychee kang pun tak lebih tiga ringgit. Hangpa sumer tak terasa
tergiur ker? he he he
 |
| lychee kang & air batu campur |
nota: kedua2 gambar di atas adalah hasil tangkapan BB