Sudah bersawang laman blog ini. Sudah lebih setahun tidak dikemaskini. Sudah tiba waktunya ia diaktifkan semula. Semoga istiqomah atau consistent dalam bahasa Omputehnya
Baiklah .. Nak kongsi cerita apa eh
Semalam Hari Selasa. Tarikhnya 1 Ogos 2017. Sungguh cepat masa berlalu. Tinggal lima bulan sahaja lagi sebelum 2017 meninggalkan kita. Semalam juga merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran ughang duma aku. Aku tiba di rumah agak lewat kelmarin iaitu pada hari Isnin 31/7/2017, iaitu selepas jam sebelas malam. Selepas makan, Anis anak tunggal perempuanku memanggil ibunya turun ke bawah. Tertanya tanya ibunya yang juga merupakan isteriku.
Rupa-rupanya ada majlis surprise iaitu sambutan Ulang Tahun Kelahiran. Sempoi je majlisnya. Acara utamanya makan kek dan coklat selepas nyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.
Happy Birthday to my dearly wife, Puan Hajjah Nor Azizah Sulaiman. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah azza wajalla. Ameen ..
Oh, nak tahu kenapa wakdan baliok lewat malam kelmarin?
Sebenarnya wakdan mula jadi Grab Driver kelmarin setelah usai bekerja. Jangan tak percaya eh yang wakdan sudah jadi pemandu Grab. Kalau korang nak tahu, pendaftaran untuuk jadi Grab Driver wakdan buat pada 23/7/2017 yang lalu. Empat hari kemudian, aku buat Ujiannya pula. Pada hari Jumaat lepas, wakdan pergi ke pejabat HQ Grab di Jaya One.
Sungguh kelakar kisah wakdan mula-mula jadi Grab Driver. Selepas solat asar di pejabat, aku ON kan aplikasi GrabDriver. Di sekitar jam 6:45 petang, tempahan sulung mula diterima. Memandangkan tidak biasa lagi dengan aplikasi ini, perjalanan untuk PICK penumpang telah tersasar. Punca utamanya ada pula panggilan masuk ketika itu. Tiada tempat untuk berhenti, wakdan telah tersilap jalan. Tempahan pertama telah dibatalkan,
Wakdan berhenti seketika di tepi jalan. Call helpdesk untuk dapatkan panduan dan bantuan. Kemudian bersedia untuk tempahan berikutnya. Sekitar 7:15 petang, tempahan berikutnya masuk dan aku Accept. Penumpang seorang lelaki muda Cina dari sebuah taman di Bandar Sri Damansara hendak ke Jalan Bubut Kepong. Jalan jam terpaksa ditempuh. Setelah menurunkan penumpang di destinasinya, wakdan singgah di sebuah masjid untuk bersolat maghrib. Tak silap wakdan, waktu menunjukkan pukul 8:15 malam ketika selesai solat maghrib dan ONkan semula aplikasi GrabDriver.
Kena berhenti dulu di sini sebab ada urusan untuk dibuat. Insya Allah, wakdan sambung kemudian.
BJ
2/8/2017
8:13 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan